6 Jun 2011

~MARI KENAL SECARA RINGKAS MEMBER SUJU~


KYUHYUN
LUPAKAN PEGUAM JADI PENYANYI








~KYUHYUN~
KYUHYUN atau nama sebenarnya CHO KYUHYUN merupakan maknae super junior.Dia ni memang antara yang popular dalam ahli suju.Jejaka yang lahir pada 3 februari 1988 ini sepatutnya menjadi seorang peguam jika tidak bergelar penyanyi pada hari ini.Dia juga merupakan ahli yang terakhir yang masuk ke dalam super junior selepas mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian SM Entertainment pada tahun 2005.Kemudian dia tampil buat kali pertama bersama super junior pada mei 2006.Dia juga merupakan ahli super junior K.R.Y dan super junior M.Jejaka yang mempunyai ketinggian 180 cm(6 kaki) ini mempunyai suara yang sangat merdu diantara ahli super junior dan dia merupakan antara penyanyi utama super junior.Pada 19 april 2007,kyuhyun,leeteuk,shindong,eunhyuk dan dua lagi pengurus mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.Dia lah yang mempunyai kecederaan yang paling serius antara yang lain.Kecederaan yang serius,retak tulang belakang,patah tulang rusuk dan kecederaan di muka.Walaupun kecederaan yang dialami  boleh meyebabkan meragut kerjaya dia,tetapi dia pulih dengan cepat dan keluar pada 5 julai 2007

                                


                                                                 RYEOWOOK
                                                          VOKAL YANG MANTAP

~RYEOWOOK~
RYEOWOOK atau nama sebenarnya KIM RYEOWOOK merupakan ahli kedua termuda super junior.Malah,sebelum KYUHYUN menyertai super junior RYEOWOOK adalah maknae kumpulan ini pada tahun 2005.Kalau ditanya vokal siapa yang paling mantap dalam ahli super junior,pastilah dia yang dipilih.Dia yang lahir pada 21 jun 1987 di Seoul,Korea dikesan bakatnya melalui CMB Youth ChinChin Festival pada 2004 dan mendatangani kontrak dengan SM entertainment tidak lama selepas itu.Dia kurang menumpukan perhatian dalam lakonan walaupun bakat lakonannya terselah dalam filem Attack on the Pin-Up Boys,sebuah filem komedi misteri yang dilakonkan anggota super junior kecuali LEETEUK dan KYUHYUN yang berehat daripada kemalangan jalan raya kerana dia lebih tumpukan pada bidang nyanyian.Dia sangat sayangkan bidang nyanyian sampaikan  bakal isterinya nanti haruslah  boleh menyanyi dengan baik.Dia juga adalah ahli super junior K.R.Y dan antara penyanyi utama super junior.


                                                                   

                                                                            SIWON
                                                               PALING KACAK,SEKSI



~SIWON~
SIWON atau nama sebenarnya CHOI SIWON adalah anggota super junior yang paling kacak dan seksi.Tidak hairanlah jika ada peminat yang diserang 'histeria'setiap kali dia muncul,baik di pentas mahu pun di televisyen.Dia bukan sahaja mempunyai peminat di kalangan penggemar muzik malah mereka meminati drama-drama bersiri korea.Ini kerana selain menyertai super junior,SIWON adalah pelakon drama terkenal.
Dia berlakon dalam banyak drama tapi dia mula mencipta nama melalui drama Oh! My Lady bergandingan dengan Park Hyan Byul dan Chae Rim.Lahir pada tahun 1986 di Seoul,Korea dan mempunyai ketinggian 183cm.(6 kaki 1) ini mendapat uji bakat secara rahsia kerana keluarganya tidak membenarkan SIWON menyertai uji bakat yang ditawarkan untuknya disebabkan dia datang dari keluarga yang berpegang teguh kepada agama.








                                                                      DONGHAE
                                                          PALING POPULAR DI ASIA



~DONGHAE~
DONGHAE atau LEE DONGHAE digilai ramai oleh kerana wajahnya yang tampan dan dikenali di seluruh asia.Jejaka yang lahir pada tahun 1986 ini menanam cita-cita untuk menjadi pemain bola sepak.Namun melihat keinginan ayahnya yang kuat mahu melihat dia menjadi seorang penyanyi,dia menukar haluannya.Apabila pada tahun 2005,dia ingin memasuki uji bakat ayahnya malah dengan senang hati memberikan wang saku kepadanya.Ternyata dengan berkat kesungguhannya,DONGHAE berjay dalam uji bakat oitu dan diterima untuk menyertai SME.Di situ,dia diberi latihan menyanyi,menari dan berlakon.Kemudian dia dan beberapa apparentis SME,antaranya LEETEUK dibentuk sebagai satu kumpulan antaranya "Smile" ,"OK" , dan "Pricor" tapi semuanya terkubur.Namun,pada tahun 2005,terbentuklah Super Junior dan DONGHAE adalah anggota terawal kumpulan itu yang terkenal dengan Twins(knock out).Pada tahun 2006,bersandarkan kepada single U,super junior memenangi anugerah Kumpulan Baru Terbaik,Tpi sayang,kejayaan itu tidak dapat dikongsi oleh ayah DONGHAE kerana dia meninggal dunia beberapa bulan sebelum anugerah tersebut.Semasa berucap di atas pentas,DONGHAE tidak dapat menahan kesedihannya dan mengalirkan air mata.












                                                                       EUNHYUK
                                                       RAPPER,"DANCING MACHINE"
                                                                   SUPER JUNIOR

~EUNHYUK~
LEE HYUK JAE atau dikenali sebagai EUNHYUK sebagai rapper memang terselah sejak zaman kanak-kanaknya.Melihat kakaknya berlatih menari untuk persembahn bakat di sekolah,membakar semangat EUNHYUK untuk mencuba.Pada tahun berikutnya,dia mengambil bahagian dalam persembahan tarian bersama rakan-rakannya.Pada tahun 2000,EUNHYUK mencuba nasib dalam uji bakat anjuran SME.Dia berjaya dalam uji bakat tersebut.Sebenarnya,pada 1999,EUNHYUK sudah menyertai uji bakat ini tapi gagal.Selepas diterima menjadi anak didik SME,bersama SUNGMIN,XIAH dan JUNSU,EUNHYUK menubuhkan kumpulan dan diberi peluang beraksi dalam persembahn yang dinamakan "Heejun vs.Kangta Battle of the Century Pop vs.Rock.Agak malang,kumpulan itu dibubarkan.JUNSU menyertai kumpulan Dong Bang Shin Ki (DBSK) meninggalkan EUNHYK tanpa kumpulan.Namun semangatnya tidak pernah luntur.Akhirnya,pada November 2005,tertubuhlah super junior dengan EUNHYUK diberi peranan sebagai ketua penari dan rapper.











HEHEHEEHE...X SIAP LAGI TAPI SYE TERBITKAN  DULU..NANTI ADA LG SAMBUNGANNYA.....

4 Jun 2011

~Demam k~pop??

  SUPER JUNIOR


Demam k-pop? alahai,sebenarnya aku baru jer kena demam k pop ni.Tak sampai setahun lagi.Aku kena pun sebab gilerkan lagu bonamana(super junior).Ahli suju yg aku kenal dulu pun SIWON.Dah mula aku gilerkan super junior barulah diikuti band k pop yang lain.Alah,aku tahu ramai yang minat dorang ni,bukan aku sorang.Bila dah kenal dengan si siwon ni barulah aku start kenal LEETEUK,DONGHAE.Tapi muka tak tengok lagi.Bila dah kenal dengan semua ahli suju,aku terpaut dekat HEECHUL.Suka betul tengok muka dia.Kalah aku dia punya cantik.And then sampai sekarang aku ni suka kan heechul.Korang pasti suka jugak kan??Tak tahu lah korang minat sape tapi aku minat semua ahli super junior.Dan sekarang aku dah tersangat mahir dengan industri mereka.Malah sikap mereka,budaya mereka bahasa tu aku tahulah jugak sikit-sikit.Selepas ni aku akan share lebih lagi pasal korea kat korang semua.Aku pun baru lagi blog ni.Buat banyak kali,tak pernah menjadi.assalamualaikum..anyeong..:)




                                                                          2AM

                                              


                                                                      SECRET
 
                          
                           CNBLUE